16.7.2013 & 17.7.2013
•Pendekatan inkuiri penemuan atau tinjau siasat merupakan pendekatan pembelajaran melalui pengalaman.
•Inkuiri – mencari maklumat, menyoal dan menyiasat suatu fenomena yang berlaku di sekeliling.Merangkumi aspek-aspek soal selidik seperti aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
•Memerlukan kemahiran seperti membuat pebandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi.
•Juga melibatkan kaedah lain seperti kaedah makmal, induksi, penyoalan dll.• Murid membuat pemerhatian, menjalankan ujikaji, membuat analisis dan membuat kesimpulan
Tujuan
•Menimbulkan minat dan daya kreativiti -- belajar cara berfikir dan mencari maklumat – murid sering mengemukakan soalan ‘bagaimana …’ – dapat melatih murid mengemukakan pelbagai soalan. Kaedah ini mengalakkan murid berfikiran kritis dan kreatif.
•Tidak semata-mata bergantung kepada guru untuk memperoleh maklumat.
•Menunjukkan kaedah sesuatu pengetahuan diperoleh.
•Menggunakan teknik mengumpul, menyusun, menganalisis maklumat yang diperoleh untuk membuat keputusan.
•Kaedah ini membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu.
•Murid memainkan peranan yang aktif semasa menjalankan suatu aktiviti – murid dipupuk semangat ingin tahu.
•Memperluas pengetahuan murid melalui aktiviti yang dilakukan sendiri oleh murid semasa menyelesaikan suatu masalah yang diberi.
•Mencabar dan mempertingkat daya pemikiran murid
•Memupuk kerjasama, berkongsi maklumat dan belajar mendengar serta menggunakan pendapat rakan yang lain.
•Kemahiran, konsep dan prinsip yang dipelajari melalui inkuiri penemuan lebih bermakna kepada murid dan boleh diingati untuk masa yang lama.
•Pengajaran berpusat pada murid •Pengajaran inkuiri dapat membentuk konsep kendiri melalui pengalaman baharu •Peningkatan kepercayaan diri melalui penyelesaian masalah dengan cara tersendiri •Perkembangan bakat dan kecekapan individu kerana kebebasan berfikir •Dapat memberi masa kepada murid untuk mendapatkan dan memahami maklumat •Mengelakkan murid untuk belajar dengan cara tradisional •Dapat menimbulkan daya refleksi murid.
Aplikasi dalam Matematik
•Dalam pembelajaran matematik, banyak konsep, hukum, rumus dan konsep boleh dipelajari melalui inkuiri penemuan.
•Contoh: Kaedah inkuiri penemuan boleh digunakan untuk menghuraikan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran bagi hasil pembelajaran berikut:
•Contoh lain: Mendapatkan rumus bagi perimeter segi empat tepat. Aktivitinya:
•Kaedah inkuiri penemuan juga dikaitkan dengan kaedah P&P lain seperti kaedah praktik, induksi dan deduksi dsb.
•Kaedah praktikal -- murid perlu menggunakan pensel dan pembaris untuk melukis segi empat sama dalam segi empat tepat.
•Kaedah induksi – untuk mendapatkan, daripada beberapa contoh spesifik, rumus luas segi empat tepat.
•Kaedah penyoalan digunakan untuk membimbing murid untuk menyiasat dan menganalisis data terkumpul.

Kelebihan
•Pengajaran berpusat pada murid •Pengajaran inkuiri dapat membentuk konsep kendiri melalui pengalaman baharu •Peningkatan kepercayaan diri melalui penyelesaian masalah dengan cara tersendiri •Perkembangan bakat dan kecekapan individu kerana kebebasan berfikir •Dapat memberi masa kepada murid untuk mendapatkan dan memahami maklumat •Mengelakkan murid untuk belajar dengan cara tradisional •Dapat menimbulkan daya refleksi murid.
Aplikasi dalam Matematik
•Dalam pembelajaran matematik, banyak konsep, hukum, rumus dan konsep boleh dipelajari melalui inkuiri penemuan.
•Contoh: Kaedah inkuiri penemuan boleh digunakan untuk menghuraikan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran bagi hasil pembelajaran berikut:
Murid dapat menerbitkan rumus luas
segiempat tepat:
1. Murid diberi segiempat tepat beberapa saiz dan dianalisis untuk melukis sebilangan segi empat sama dengan ukuran 1 cm x 1 cm dalam setiapnya.
2. Murid dibimbing untuk membilang bilangan segi empat sama dalam setiap segi empat tepat untuk mendapatkan luasnya. Bagi setiap saiz, murid mengira panjang dan lebar rajah, mendarab panjang dan lebar serta mengira luas.
Segi4 tepat
|
Rajah
|
Bilangan segi4 sama
|
Panjang
a cm
|
Lebar
b cm
|
a x b
(cm2 )
| Luas (cm2) |
A
|
6
|
3
|
2
|
6
|
6
|
4. Murid diminta memerhatikan atau menyemak dan menganalisis maklumat yang direkod di dalam jadual untuk mencari ciri-ciri yang sama atau berbeza.
5. Melalui perbincangan dan perbandingan antara luas segi empat tepat yang diperoleh dengan membilang bilangan segi empat sama dan daripada hasil darab panjang dan lebar, murid akhirnya menemui rumus luas segi empat tepat dan membuat generalisasi bahawa
Luas segi empat tepat = panjang x lebar
6. Murid menguji generalisasi mereka dengan mencuba contoh lain iaitu mengira luas dengan gunakan rumus baharu tersebut.
7. Guru memberi penilaian.
|
P + 1
|
2(p + l)
|
1. Murid mengukur panjang sempadan suatu segi empat tepat seperti meja.
2. Murid menjumlahkan ukuran kesemua sisi untuk mencari perimeternya.
3. Ulangi langkah 1 dan 2 bagi segi empat tepat dengan pelbagai sisi dan isikan jadual:
Segi4 tepat
|
Perimeter (4 sisi)
|
Lebar (l)
|
Panjang (p)
|
4. Guru membimbing murid membuat perbandingan antara panjang (p) + lebar (l) dengan perimeter berdasarkan data-data yang telah diperoleh dalam jadual.
5. Berdasarkan pemerhatian dan analisis dapatan dalam langkah 4, murid dibimbing untuk membuat kesimpulan atau generalisasi bahawa perimeter bagi sebuah segi empat tepat ialah 2(p + l).
6. Murid menguji generalisasi mereka dengan mencuba contoh lain iaitu mengira perimeter dengan menggunakan rumus ini.
7. Guru memberi penilaian.
•Kaedah inkuiri penemuan juga dikaitkan dengan kaedah P&P lain seperti kaedah praktik, induksi dan deduksi dsb.
•Kaedah praktikal -- murid perlu menggunakan pensel dan pembaris untuk melukis segi empat sama dalam segi empat tepat.
•Kaedah induksi – untuk mendapatkan, daripada beberapa contoh spesifik, rumus luas segi empat tepat.
•Kaedah penyoalan digunakan untuk membimbing murid untuk menyiasat dan menganalisis data terkumpul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan