Rabu, 10 Julai 2013

Kaedah Pengajaran: Inkuiri Penemuan

16.7.2013 & 17.7.2013


Pendekatan inkuiri penemuan atau tinjau siasat merupakan pendekatan pembelajaran melalui pengalaman.


Inkuirimencari maklumat, menyoal dan menyiasat suatu fenomena yang berlaku di sekeliling.Merangkumi aspek-aspek soal selidik seperti aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.

Memerlukan kemahiran seperti membuat pebandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi.


Juga melibatkan kaedah lain seperti kaedah makmal, induksi, penyoalan dll. Murid membuat pemerhatian, menjalankan ujikaji, membuat analisis dan membuat kesimpulan

Tujuan

Menimbulkan minat dan daya kreativiti -- belajar cara berfikir dan mencari maklumatmurid sering mengemukakan soalanbagaimana …’ – dapat melatih murid mengemukakan pelbagai soalan. Kaedah ini mengalakkan murid berfikiran kritis dan kreatif.

Tidak semata-mata bergantung kepada guru untuk memperoleh maklumat.

Menunjukkan kaedah sesuatu pengetahuan diperoleh.

Menggunakan teknik mengumpul, menyusun, menganalisis maklumat yang diperoleh untuk membuat keputusan.

Kaedah ini membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu.


Murid memainkan peranan yang aktif semasa menjalankan suatu aktivitimurid dipupuk semangat ingin tahu.


Memperluas pengetahuan murid melalui aktiviti yang dilakukan sendiri oleh murid semasa menyelesaikan suatu masalah yang diberi

Mencabar dan mempertingkat daya pemikiran murid

Memupuk kerjasama, berkongsi maklumat dan belajar mendengar serta menggunakan pendapat rakan yang lain.

Kemahiran, konsep dan prinsip yang dipelajari melalui inkuiri penemuan lebih bermakna kepada murid dan boleh diingati untuk masa yang lama.

Kelebihan

Pengajaran berpusat pada murid Pengajaran inkuiri dapat membentuk konsep kendiri melalui pengalaman baharu Peningkatan kepercayaan diri melalui penyelesaian masalah dengan cara tersendiri Perkembangan bakat dan kecekapan individu kerana kebebasan berfikir Dapat memberi masa kepada murid untuk mendapatkan dan memahami maklumat Mengelakkan murid untuk belajar dengan cara tradisional Dapat menimbulkan daya refleksi murid.


Aplikasi dalam Matematik

Dalam pembelajaran matematik, banyak konsep, hukum, rumus dan konsep boleh dipelajari melalui inkuiri penemuan.


Contoh: Kaedah inkuiri penemuan boleh digunakan untuk menghuraikan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran bagi hasil pembelajaran berikut:
      Murid dapat menerbitkan rumus luas

      segiempat tepat:

1. Murid diberi segiempat tepat beberapa saiz dan dianalisis untuk melukis sebilangan segi empat sama dengan ukuran 1 cm x 1 cm dalam setiapnya.



2. Murid dibimbing untuk membilang bilangan segi empat sama dalam setiap segi empat tepat untuk mendapatkan luasnyaBagi setiap saiz, murid mengira panjang dan lebar rajah, mendarab panjang dan lebar serta mengira luas.

Segi4 tepat
Rajah
Bilangan segi4 sama

Panjang
   a cm

Lebar
  b cm

   a x b   
   (cm2 )

Luas (cm2)






A
6
3
2
6
6
4. Murid diminta memerhatikan atau menyemak dan menganalisis maklumat yang direkod di dalam jadual untuk mencari ciri-ciri yang sama atau berbeza.
5. Melalui perbincangan dan perbandingan antara luas segi empat tepat yang diperoleh dengan membilang bilangan segi empat sama dan daripada hasil darab panjang dan lebar, murid akhirnya menemui rumus luas segi empat tepat dan membuat generalisasi bahawa       
       Luas segi empat tepat = panjang x lebar
6. Murid menguji generalisasi mereka dengan mencuba contoh lain iaitu mengira luas dengan gunakan rumus baharu tersebut.
7. Guru memberi penilaian.



P + 1
2(p + l)
Contoh lain: Mendapatkan rumus bagi perimeter segi empat tepat. Aktivitinya:


 1. Murid mengukur panjang sempadan suatu segi empat tepat seperti meja.
2. Murid menjumlahkan ukuran kesemua sisi untuk mencari perimeternya.
3. Ulangi langkah 1 dan 2 bagi segi empat tepat dengan pelbagai sisi dan isikan jadual:

Segi4 tepat
Perimeter   (4 sisi)
 Lebar (l)
Panjang (p)


4. Guru membimbing murid membuat perbandingan antara panjang (p) + lebar (l) dengan perimeter berdasarkan data-data yang telah diperoleh dalam jadual.
5. Berdasarkan pemerhatian dan analisis dapatan dalam langkah 4, murid dibimbing untuk membuat kesimpulan atau generalisasi bahawa perimeter bagi sebuah segi empat tepat ialah 2(p + l).
6. Murid menguji generalisasi mereka dengan mencuba contoh lain iaitu mengira perimeter dengan menggunakan rumus ini.
7. Guru memberi penilaian.




Kaedah inkuiri penemuan juga dikaitkan dengan kaedah P&P lain seperti kaedah praktik, induksi dan deduksi dsb.

Kaedah praktikal -- murid perlu menggunakan pensel dan pembaris untuk melukis segi empat sama dalam segi empat tepat.

Kaedah induksiuntuk mendapatkan, daripada beberapa contoh spesifik, rumus luas segi empat tepat.

Kaedah penyoalan digunakan untuk membimbing murid untuk menyiasat dan menganalisis data terkumpul.



PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

2.7.2013

Mungkin anda telah biasa mendengar frasa "Pengajaran Mikro", dan mungkin pernah melaksanakan pengajaran mikro bagi kursus lain seperti bahasa Inggeris. Dalam halaman ini, kita akan meninjau aspek-aspek yang berkaitan dengan pengajaran mikro.


Apa itu pengajaran mikro?

Pengajaran mikro merupakan salah satu inovasi dalam latihan kemahiran mengajar dalam bilik darjah yang telah digunakan secara meluas sejak 1961 di Universiti Stanford, California. Pengajaran mikro dapat melatih guru pelatih sebelum mereka mengajar dalam bilik darjah yang sebenar.          

Dalam pengajaran mikro, situasi pengajaran-pembelajaran dipermudah dengan tempoh mengajar. Jumlah bilangan murid dalam kelas juga dikecilkan agar pengajaran guru lebih terkawal. Guru hanya perlu melaksanakan satu aspek atau satu jenis kemahiran mengajar daripada beberapa kemahiran yang disenaraikan. 

Kelebihan Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro mempunyai kelebihan seperti yang berikut: 

1.  Guru pelatih akan lebih yakin apabila berada dalam kelas sebenar

Walaupun tempoh dan bilangan murid adalah kurang, pengajaran mikro dapat memberi keyakinan kepada guru pelatih apabila mereka berada dalam kelas sebenar. 

 2.  Guru pelatih dapat menguasai sesuatu kemahiran mengajar

Pengajaran mikro menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Oleh itu guru pelatih dapat menguasai kemahiran tersebut.  

3.  Guru pelatih dapat mengenal pasti potensi diri

Melalui pengajaran mikro, guru dapat mengenal pasti potensi atau bakat yang ada pada dirinya, seperti memiliki suara yang lantang dan sebutan yang jelas, berkebolehan bernyanyi dan berlakon, dan sebagainya. Dengan demikian guru pelatih dapat menggunakan potensi tersebut dengan sebaik mungkin. 

4.  Guru pelatih dapat mengenal pasti kelemahan dalam pengajaran-pembelajaran      

Melalui pengajaran mikro,  kelemahan pengajaran seseorang guru mudah dkenal pasti dan diperbaiki. Daripada hasil perbincangan dan pandangan raan sekursus dan pensyarah guru boleh mengulang pengajaran untuk membaiki kelemahannya.


 Ciri-ciri Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro mempunyai ciri-ciri yang berikut: 

1.  Objektif pengajaran-pembelajaran yang terhad.

Dalam pengajaran mikro, hanya perlu mencatatkan satu atau dua hasil pembelajaran. Dengan hasil pembelajaran yang terhad ini dijangkakan guru akan dapat mencapainya. 

2.  Jumlah murid yang sedikit

Sebaik-baiknya jumlah murid yang terlibat adalah antara 10 hingga 15 orang. Murid boeh terdiri daripada murid sekolah yang sebenar, atau rakan sekursus guru pelatih itu sendiri. Dengan bilangan murid yang kecil, pengajaran guru tidak banyak diganggu oleh kerenah murid dan guru dapat memberi tumpuan kepada aspek tertentu atau kemahiran mengajar tertentu. 

3.  Fokus hanya kepada satu atau dua strategi pengajaran

Guru pelatih hanya perlu menggunakan satu atau dua strtegi atau teknik pengajaran ketika menyampaikan pelajarannya. Dengan mengehadkan strategi pengajaran, perbincangan selepas pengajaran mikro akan dapat difokus kepada jenis kemahiran yang dipilih. 

4.  Jangka masa pengajaran yang singkat

Pengajaran mikro dijalankan antara 5 hingga 20 minit sahaja. Jangka masa pengajaran yang singkat ini dapat mengurangkan stres kepada guru di samping penekanan kepada satu atau dua kemahiran sahaja.

5.  Bahan pelajaran yang sedikit

Guru tidak perlu menyampaikan keseluruhan isi pelajaran. Hanya sebahagian isi pelajaran yang diambil. Dengan cara ini guru akan dapat menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada penyampaian pelajaran. 

6.  Perbincangan selepas pengajaran

Pensyarah akan membuat perbincangan selepas pengajaran mikro dijalankan. Perbincangan dilakukan antara pensyarah, pelajar dan guru pelatih. Rakaman juga boleh dibuat semasa pengajaran mikro dijalankan, dan rakaman ini ditayang semula semasa perbincangan. 


Kemahiran yang boleh dilihat dalam Pengajaran Mikro

Antara kemahiran yang boleh dilihat ialah: 

1.  Induksi set

Induksi set adalah cara yang digunakan oleh guru untuk memulakan pengajaran atau untuk memperkenalkan sesuatu topik baharu. Beberapa cara dapat digunakan dalam induksi set  untuk menarik minat dan perhatian murid. Antaranya adalah seperti melakon, bercerita, menyanyi, menonton video, pemaparan visual dan sebagainya. Guru juga boleh menghungkaitkan pelajaran yang akan dipelajari degan situasi dalam kehidupan seharian. Induksi set hanya memerlukan masa yang singkt, iaitu kurang daripada 10 minit.  

2.  Perkembangan konsep

Adalah penting bagi guru menguasai kemahiran mengembangkan konsep dengan menggunakan bahan bantu belajar dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Konsep yang sukar atau abstrak dapat diterangkan melalui penggunaan bahan maujud atau konkrit. 

3.  Teknik Penyoalan

Penyoalan merupakan satu teknik pengajaran yang berkesan sekiranya guru dapat menggunakan teknik itu dengan baik. Guru perlu sentiasa menyoal murid agar mereka memberi perhatian. 

melalui penyoalan, guru dapat menguji pemahaman murid, selain menggalakkan mereka berfikir dan menarik perhatian mereka.

Semasa guru pelatih mengajar, perlakuan guru yang berikut dapat diperhatikan:

 -   Adakah guru menghalakan soalan kepada semua murid?

 -   Adakah soalan guru jelas?

 -   Adakah guru memberi masa yang mencukupi untuk murid menjawab? 

-          Adakah soalan guru bersesuaian dengan pelajaran dan objektif pengajaran-pembelajaran?

-     Bagaimanakah guru pelatih melayan jawapan murid?

4.  Penilaian

Guru pelatih  harus menilai pemahaman murid. Selain penyoalan, aktiviti lain juga boleh digunakan untuk menuji kefahaman murid, misalnya lembaran kerja, kuiz, permainan, dan sebagainya.


Anda bolek kemukakan cadangan atau pendapat atau ulasan terhadap pengajaran mikro.


Latihan: Senaraikan soalan-soalan yang boleh ditanya semasa mengajar topik-topik yang berikut:

(i)   Wang
(ii)  Jisim
(iii) Isipadu Cecair

       

PENGENALAN

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

Blog ini dibina khas untuk pelajar PISMP TESL Semester 4 yang mengambil kursus MTE3107. Baca nota yang diberi dan jawab soalan yang dikemukakan. Anda boleh memberikan ulasan/komen/pendapat anda tentang isi kandungan yang dipersembahkan. Anda juga boleh mengemukakan soalan dan menjawab soalan yang dikemukakan dalam bahagian ulasan.